Rabu, 26 Ogos 2009

MAKNA KEMERDEKAAN



Merdeka mempunyai beberapa pengertian.

Mengikut Kamus Dewan (hlm 883), mercleka bermakna " bebas daripacla penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, lepas claripacla (tebusan, tuntutan, berdiri sendiri, ticlak bergantung kepacla orang lain ). Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal danal-Hurriyyah. Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi, menjayakan clan meneruskan sesuatu. Manakala al-Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas claripada nafsu yang jahat.
Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nasr bermaksud;
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhammad berjaya menguasai nege.ri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat "
(Surah an-Nasr: 1-4)
Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam ertikata yang luas. Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripacla belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri. Kemerdekaan Mekah daripada belenggu jahiliyyah adalah lambang kemerdekaan antara yang hak dengan yang batil, antara jahiliyah dengan fitrah, antara asas syirik kepacla asas tauhid. Titik-tolak kemerdekaan Mekah memberi kesan yang amat bermakna kepada umat manusia.

Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam keduclukan yang baik dan menyumbang.
Sumber kemerdekaan dengan Allah S.W.T. ialah keimanan dan ketakwaan yang meletakkan manusia dalam batas hamba dan khalifah. Hak individu dalam konteks Islam meletakkan asas kebebasan bersuara, beraktiviti dan bermasyarakat, asal saja ia ticlak melanggar hak orang lain. Hak keluarga ialah tanggungjawab ibu bapa memerdekakan anak-anaknya claripada kejahilan dan menjaclikan diri sebagai contoh atau qudwah supaya anak-anak menjadi orang yang cemerlang dan mampu menyumbang. Hak masyarakat ialah bagaimana potensi dan kelebihan yang ada pada seseorang tidak saja menjadi miliknya tetapi juga menj adi milik masyarakat. Hak negara ialah b agaimana kehadiran kita sebagai warganya menuntut sumbangan dan pengorbanan dalam apa bentuk yang terizin dan termampu supaya kecintaan kepada AllahS.W.T. memberikan kita hikmah cintakan negara.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan