Selasa, 11 Ogos 2009

Satu Malaysia

SATU MALAYSIA....
bagi pendapat saya, konsep 1 malaysia bermaksud setiap rakyatnya bebas
menganut agama masing2 tanpa halangan...tapi islam merupakan agama rasmi
bagi malaysia.


setiap rakyatnya mempunyai agama, budaya dan kaum yang berlainan dan
setiap orang harus menghormati satu sama lain, tanpa mengira agama, budaya & kaum...
dari segi ekonomi, kerajaan telah memperkenalkan dasar ekonomi baru (DEB)...
dasar DEB mempunyai 2 strategi iaitu pertama membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
dan yang kedua ialah menyusun semula masyarakat...walaupun dasar ekonomi ini telah lama
diguna pakai, tapi masih lagi relevan untuk masa kini, cuma perlu di perbaharuhi dari segi
dasar dan cara perlaksanaannya supaya ianya lebih mantap.


saya sedar komuniti bumiputera memang banyak hadapi cabaran yang hebat. Apabila komuniti perniagaan bumiputera cuba mendapat bantuan daripada GLC, bank atau syarikat-syarikat besar, penilaian pertama biasanya kurang memuaskan. Bagi saya, itu bukan salah GLC, bank atau syarikat gergasi tersebut, sebaliknya kita perlu membuat penilaian sendiri.
Kadang-kadang kesalahan kita ialah mencipta persepsi yang salah kepada orang luar, jadi apa yang perlu dilakukan ialah badan-badan bukan kerajaan bersatu berdepan dengan persepsi itu dan membawanya ke saluran yang betul. Kita berusaha untuk meningkatkan status ekonomi supaya lebih kuat untuk bersaing dengan kaum bukan bumiputera, bukan untuk menjadi berat sebelah dengan mereka.


Jurang ekonomi antara kaum sekarang makin mengecil tetapi masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Jadi apa yang kita buat sekarang bukan hanya bercakap soal merapatkan jurang, tapi bagaimana pakej yang sesuai dimasukkan ke dalam agenda itu.
Yang kedua, kita bercakap tentang ekonomi rakyat. Melayu mana yang dapat? Bila kita bercakap tentang Melayu kita akan fikir Melayu masih memerlukan tongkat. Saya rasa Melayu ini tidak boleh dikelompolkan dalam satu kumpulan. Melayu hari ini tidak lagi sama. Ada yang sudah jadi jutawan, berjaya di luar negara. Ada yang tinggal di bandar dan kampung. Sebab itu juga selepas 50 tahun negara merdeka dan pelbagai kumpulan Melayu ada, masih ramai yang beratur untuk masukkan anak ke sekolah MRSM atau UiTM. Saya rasa Melayu ini patut kita pisahkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan